"Wahai tuhan, jangan Kau serahkan diriku ini kepadaku, aku tak mampu menguruskannya, dan jangan Kau serahkan diriku kepada orang lain, kerana mereka akan mensia-siakan aku"
~ Ali Zainul Abidin

Wednesday, January 7, 2015

Jubah dan Kurta Moden


Dapatkan segera kurta dan jubah moden keluaran kami. Whatssap segera di 011-22153420 =)

Wednesday, December 10, 2014

Pakaian Muslim (Kurta Moden)

Assalamualaikum.

Menyedari akan keperluan bagi muslim tampil dengan pakaian yang menutup aurat berdasarkan syariat, maka saya tampil dengan menawarkan jualan kurta moden yang berkualiti tinggi serta bergaya dengan jenama Maslela pada harga yang berpatutan. Sehelai kurta pada harga biasa ialah RM 89 namun kini kami mengadakan promosi akhir tahun dengan harga RM 79 selagi stok masih ada. Hubungi saya segera dengan whatssap terus ke 011-22153420.

Tampil bergaya dengan warna maroon yang menawan

Tidak perlu risau lagi dengan bahagian aurat bahagian belakang ketika sujud kerana kurta ini menutupi bahagian punggung anda

Tampil yakin dan bergaya


Pesona seorang suami dengan gaya pasti memikat hati isteri


Pilihlah saiz yang bersesuaian


Tuesday, February 4, 2014

Merapatkan Jurang Pendidikan Luar Bandar dan Bandar

Matlamat dalam merapatkan jurang pembelajaran antara pelajar bandar, luar bandar dan pedalaman menjadi agenda utama kerajaan dan pelbagai pihak. Hal ini kerana setiap tahun, prestasi pelajar-pelajar di bandar jauh mendepani keputusan para pelajar di luar bandar. Dalam memastikan hasrat ini terlaksana, pelbagai faktor telah dikaji seperti infrastruktur yang tidak lengkap, kurang peralatan, kualiti guru, kurang guru, persekitaran pembelajaran yang tidak sesuai atau sikap ibu bapa yang menyebabkan anak-anak hilang tumpuan terhadap pelajaran.



Keputusan Program Penilaian Antarabangsa Pelajar (Programme for International Students Assessment- PISA) baru-baru ini yang meletakkan Malaysia sebagai kedua tercorot di Asia Tenggara di belakang Singapura, Thailand dan Vietnam telah mengejutkan pelbagai pihak terutamanya ibu bapa. Keputusan ini seolah-olah menjelaskan kepada kita bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem pendidikan sekolah yang ada sekarang dan sistem sedia ada masih gagal dalam mempersiapkan pelajar-pelajar Malaysia untuk bersaing di peringkat global. 

PISA merupakan sebuah program penarafan mutu pendidikan di sekolah-sekolah yang dikendalikan oleh OECD (Organisation for Economic Corporation and Development) bagi pelajar-pelajar yang berusia 15 tahun yang melibatkan pelbagai negara di seluruh dunia. Justeru, keputusan yang telah diumumkan PISA sewajarnya dipandang serius oleh pelbagai pihak dan tanggungjawab membantu menaikkan semula sistem pendidikan anak-anak di negara Malaysia harus dipikul bersama. Mulai sekarang, system pendidikan di negara kita wajar menekankan aspek kepimpinan dan juga menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan inovatif.

Oleh yang demikian, kita memerlukan kepada penubuhan pusat tuisyen komuniti ataupun mesra rakyat  yang bukan sekadar menekankan aspek hafalan jawapan bahkan menggalakkan anak-anak ini berani ke depan untuk berhujah, berfikir secara matang bahkan melontarkan idea bernas dalam setiap persoalan dan pemasalahan. Pusat tuisyen komuniti yang berkesan juga sepatutnya mampu menyajikan penekanan akademik, motivasi yang membina dan didedahkan dengan kehebatan sirah Rasulullah s.a.w dan sahabat, sarjana-sarjana Islam terkemuka dan juga figura Islam terkini.

Sesungguhnya anak-anak kita yang masih kecil dan sedang berada di bangku sekolah serta universiti adalah aset paling berharga dalam institusi keluarga, masyarakat dan negara kita. Bahkan mereka inilah jua yang bakal menjadi pemimpin negara di masa hadapan serta jaminan kebahagian dunia dan akhirat kita semua. Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda:

"Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." 
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Namun, apa yang kita saksikan hari ini ramai anak-anak yang cemerlang akademik tetapi memiliki akhlak yang teruk. Ada segelintir bergelar pembunuh, penagih, pencuri, mat rempit dan bermacam lagi gejala sosial yang lain. Hal ini mencerminkan bahawa kejayaan akademik perlu disulami dengan pembinaan akhlak Islam yang mapan dan sempurna.

Selari dengan seruan hadis di atas dan juga scenario semasa, maka amat wajar satu program pendidikan khusus di peringkat kampung yang tersusun, intensif serta bersifat jangkamasa panjang diperkenalkan untuk memberi didikan yang seimbang dari segi rohani dan jasmani terhadap anak-anak ini. Tanggungjawab sebagai pendidik ini sewajarnya dimainkan oleh golongan cerdik pandai dari seluruh pelusuk kampung sebagai satu tanggungjawab sosial dan khidmat komuniti. Benarlah sabda Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam:


“Sesungguhnya aku ini diutuskan sebagai seorang mu’allim (pendidik)” 
[Hadith riwayat Ibn Majah]

Wednesday, January 29, 2014

Tuisyen Rakyat: Antara idea dan pelaksanaan

Alhamdulillah, berkat doa ibu dan doa rakan-rakan, hajat dan impian saya memiliki sendiri pusat pengajian untuk anak-anak kampung terlaksana sudah dan bakal beroperasi seawal 31 Januari 2014. 

Sungguh bukan mudah memulakan sesuatu, namun kalau ia sekadar berlegar dalam kotak fikir dan ucapan bibir, tanpa dilaksanakan maka ia hanya tinggal sebagai impian ataupun angan-angan.

Realiti semasa

Berbekalkan pengalaman yang masih setahun jagung dalam bidang 'home tutor' saya memberanikan diri mengambil risiko atau menyahut cabaran memulakan tusyen rakyat ini kerana saya melihat keperluan untuk mendidik anak-anak kampung agar mereka dapat keluar dari kejahilan moden yang terus membelenggu ummah pada hari ini.

Berdasarkan pengalaman bersama pelajar di pusat tuisyen di bandar, saya dapati kebanyakan mereka akui akan kekurangan dalam sistem pendidikan semasa. Antaranya, kerja perkeranian (PBS) yang membebani guru serta kekurangan penekanan kepada konsep dan aplikasi dalam sukatan pengajaran. Ia secara tidak langsung melahirkan generasi pelajar yang lemah daya fikir dan semangat untuk menjadi individu kreatif dan berani untuk tampil ke depan.

Lantaran itu, saya melihat adanya keperluan bagi mereka-mereka yang menyedari akan kelemahan ini untuk ke hadapan menangani serta membantu golongan ini yang kebanyakkanya berada di luar bandar agar mereka juga mampu mencapai kejayaan.

Tuisyen murah

Ada yang terkejut apabila saya meletakkan harga RM 2 / sejam bagi sesi pembelajaran dan pengajaran. Jujur saya katakan, bagi masyarakat kampung mereka ini tidak mampu untuk membayar pada harga yang tinggi atas desakan keperluan semasa beserta kenaikan harga barang yang berterusan. Bagi saya, RM 2 itu sudah memadai kerana saya melihat pemberian ilmu dan perkongsian pengalaman bersama adik-adik ini lebih utama. Andai ilmu ini terus bertakung didada tanpa dikongsi bersama orang lain, pada akhirnya ia akan membusuk dan tidak berguna setelah mati. Jadi hendak atau tidak, kita wajar bertindak segera sebelum sampai ajal kita.

Cari kepuasan hidup

Dek kerana kepayahan untuk hidup pada zaman sekarang, ramai kita lebih selesa memilih untuk selesa mengejar bayaran berbanding kepuasan kerja kerana kesukaran mendapatkan posisi kerja yang selayaknya. Tidak mengapa, itu adalah hak individu. Namun, suka untuk saya jelaskan bahawa kejarlah makna dalam hidup dan tinggalkan sesuatu yang dapat menjadi bekal dan saham pahala setelah kita mati. InshaAllah itu lebih bereeti seandainya kita mengerti. 

InshaAllah, saya akan meneruskan perjuangan mendidik masyarakat selagi mampu. Suka untuk saya memetik sepotong hadis yang berbunyi:

 Sabda Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam:
“Sesungguhnya aku ini diutuskan sebagai seorang mu’allim (pendidik)” [Hadith riwayat Ibn Majah]

 Semoga kita dapat menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai suri teladan terbaik dalam mengharungi detik akhir zaman ini. Insha Allah, selamat berusaha.

Monday, December 9, 2013

Remajaku...

Assalamualaikum w.b.t.

Mendekati secara lebih dekat dengan anak-anak remaja di Malaysia yang semakin meningkat dewasa merupakan suatu rahmat yang Allah s.w.t berikan pada saya. Berprogram bersama mereka-mereka ini membuka mata saya tentang situasi yang mereka alami serta pengalaman-pengalaman mereka dengan topik berkaitan 'study' sehinggalah kepada cinta.



Sungguh, remaja-remaja kita pada hari ini memerlukan perhatian kita semua khususnya para pendakwah dan asatizah muda. Saya bangkitkan soal ini kerana melalui perbincangan dengan sebahagian mereka, kebanyakkannya akui bahawa masa bersama keluarga terutamanya sangat kurang sedangkan mereka benar-benar mengharapkan perhatian khusus sewaktu pembesaran mereka.

Dek kerana kelalaian ibu bapa sewaktu proses pendewasaan inilah yang pada akhirnya menyumbang kepada pelbagai bentuk gejala sosial bermula dengan cinta monyet sehinggalah kepada kes penzinaan. 

Hakikatnya, sekiranya mereka ini dibentuk sedari awal dengan ilmu agama inshaAllah besar kemungkinannya mereka-mereka inilah yang bakal mewarisi kepimpinan Islam yang kita harapkan. Justeru, disinilah peranan seorang dai'e diperlukan. Jadilah sebagai pendengar yang baik buat mereka dan jadilah insan prihatin yang setia berkongsi suka duka mereka dan berikanlah pendapat yang baik agak mereka berasa selesa dengan kita dan bersifat terbuka untuk turut menyumbang idea.

Seperkara lagi, dalam proses mendidik mereka kearah pembentukan Islamik, jangan kita sekadar memberi input, tapi berikan juga kepada mereka kebebasan berfikir dan menyumbangkan pendapat. Apa yang harus kita lakukan hanyalah monitor pendapat mereka dengan baik. Seandainya, kita hanya bertindak memberi arahan itu dan ini, remaja-remaja ini akan memberontak kerana mereka tidak diberi peluang untuk bertanya kenapa sedangkan asas kepada kefahaman ilmu itu ialah bertanya.



Akhir kalam, semoga kita terus istiqamah dalam perjuangan memartabatkan Islam di tempat yang sepatutnya. Harapkan redha dan kasih Allah dan bukannya pujian manusia. Sekian.


Kem Tahfiz Al Quran

Semuanya bagaikan suatu keajaiban dari Allah s.w.t. Tiada siapa menyangka bahawa Kem Tahfiz Al Quran dan Fardhu Ain Remaja yang julong kali dianjurkan hasil usahasama antara Pertubuhan Perubatan Islam Ibnu Sina (USM, KK, Kelantan) beserta Pusat Islam USM membuahkan hasil yang membanggakan.



Alhamdulillah, terima kasih kepada penderma budiman dari dalam dan luar negara atas sumbangan yang dibuat. Boleh saya katakan bahawa kehidupan peribadi saya sendiri sudah 180 darjah berubah. Hari-hari ingatan menjurus kepada adik-adik yang sibuk menghafaz Al Quran di masjid disamping kerinduan pada sahabat-sahabat yang terdiri daripada para pensyarah, doktor perubatan, ustaaz-ustaz dan sahabat-sahabat sepengajian di peringkat sarjana. Dalam kesibukan bekerja, syukurlah masih sempat saya meluangkan masa di masjid. Sungguh hangat sekali ikatan ukhwah yang terjalin sesama jemaah dan peserta yang terlibat. 

Kalau dahulu, saya sendiri agak culas menghafaz Al Quran, mujurlah dengan keberkatan program ini, semakin hari tahap hafalan saya sendiri semakin bertambah. Benarlah kata-kata, seandainya kita berada dalam biah solehah, inshaAllah diri kita sendiri akan terdetik untuk berubah menjadi soleh. 

Hakikat yang harus diterima oleh setiap daripada kita, usaha dakwah itu usaha yang panjang dan berliku. Ia tidak mudah tapi tidak payah. Yang perlu kita korbankan ialah usaha tanpa kenal penat lelah. Memang betul, kadang-kadang kita tidak dapat melihat hasilnya terus namun percayalah kalau bukan di dunia Allah balas, inshaAllah jannah firdaus sebagai galang ganti. Yang pernting bersihkan diri dan niat. 

Pernah satu ketika, sewaktu BBQ diadakan dalam program ini, kami kesuntukan kewangan. Dengan izin Allah seorang YB bermurah hati menderma RM500 dan Majlis Agama Islam Kelantan menyumbangkan RM2000. Allahu akbar.

Paling saya hargai adalah kesempatan mengenali ustaz-ustaz hafazan yang dadanya terisi sebuah Al Quran. Sungguh tutur kata mereka ini sewangi kasturi. Nasihat dan gurau senda yang dilemparkan penuh dengan hikmah dan pengajaran. Syukurku padamu Ya Allah kerana mendewasakan aku dalam lingkungan jemaah Islam yang bergerak cergas mendidik ummah di Malaysia ini khususnya. Semoga adik-adik yang terlibat secara langsung dalam kem ini menjadi para Hufaz yang mengagungkan kalimah Allah s.w.t di sepanjang masa dan ketika. InshaAllah.

Friday, November 29, 2013

Berfikirlah kerana Allah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

PUTUS ASA atau kita sebut sebagai hilang harapan adalah suatu perkara yang sangat mustahak untuk diberikan perhatian apatah lagi dalam arus masa hari ini yang sungguh mencabar minda dan emosi kita.



Kemelut yang melanda umat Islam kita pada hari ini setelah kejatuh Khalifah yang terakhir di Turki menyaksikan betapa hilangnya sensitiviti umat ini ke arah pengembalian semula khilafah Islam yang seketika dahulu menjadi kebanggaan ummah manusia secara keseluruhannya.

Hilangnya sistem khilafah bermakna hilanglah keadilan sosial yang selama ini dinikmati oleh semua walhal orang bukan Islam sendiri pon turut merasainya.

Dalam konteks masa kini, umat Islam di Malaysia turut serta terkena pada tempiasnya. Rata-rata kita seolah-olah tidak cakna dengan perkembangan semasa dan bagaikan sudah terbiasa berada dalam zon selesa mahupun jahiliah.

Lihat sajalah pada siaran media massa terutamanya televisyen di rumah-rumah kita. Meskipun kita mendapati stesen televisyen semakin bertambah namun pada hakikatnya kebanyakkan rancangan yang dipertontonkan pada kita semua langsung tidak menepati syariat Islam bahkan membuka aurat, pergaulan bebas dan lawak jenaka yang bodoh bebas untuk disebarluaskan dan ditanam dalam minda anak-anak watan di tanah air kita.

Kesan langsung daripada semua ini adalah rata-rata pemuda pemudi kita semakin malas berfikir secara kritikal dan kreatif. Apabila gejala malas berfikir ini menjadi-jadi maka lahirlah golongan pemuda yang jahil. Kejahilan ini mendorong anak muda kita untuk melihat kemungkaran yang berleluasa sebagai perkara biasa. Lantas, dosa pahala, syurga dan neraka terbuang terus dari dalam kotak fikir kita. 

Tidak percaya, lihatlah sendiri rancangan-rancangan seperti Anugerah Skrin atau Maharaja Lawak atau apa saja bentuk drama dan filem yang disajikan pada kita semua. Saksikanlah, benarkah kata-kata saya ini. Sungguh, ia sesuatu yang berat dan sesuatu yang patut kita ambil berat kerana ia melibatkan maruah ummah ini. Mahukah kita di suatu ketika nanti, pemimpin yang memimpin kita adalah yang lahir daripada rancangan realiti TV dan juga pelawak. Aduhai nasib, betapa perkara sebegitu adalah bencana buat kita,

Justeru, usaha dakwah harus bermula dari dalam diri kita. Hentikan sikap label melabel. Bersiap siaga untuk mempraktikkan amar maaruf nahi mungkar serta persiapkan diri dengan ilmu. Dan ilmu ini hanya kita perolehi seandainya kita membaca dan mempelajari dari seorang guru. Maka, dalam kesibukan bekerja jangan sesekali meninggalkan gerabak jemaah yang sentiasa berjuang supaya Islam kembali gemilang!

Jangan berputus asa dengan rahmat tuhan. Pohonlah bantuan dan pohonlah kebaikan dan cinta dari Nya dalam apa jua yang kita laksanakan.